Sunday, 21 September 2014

IKAN SELUNSUNG KOTA KLIAS

Assalamualaikum w.b.t..



Hari ini hero aku En.Bahar bin M.Tusin(bapa) dan En.Saiful bin Ag.Achi dapat ikan besar.woowwww!..nama ikan ni orang kampung kami gelar ikan selunsung/selungsung...nama sbnar ikan ni ikan siakap...hihi!...Tahniah diucapkan...









Saturday, 23 August 2014

PEMIMPIN

Assalamualaikum w.b.t....pakcik n makcik sekalian...tolong baca ni...



PEMIMPIN~>Pakcik....makcik...jika mahu mencari pemimpin...tidak kira la KETUA KAMPUNG ka...KETUA MENTERI ka dan yang sewaktu dengannya...carilah orang yang SOLATNYA PENUH 5 Waktu,YANG PUASANYA PENUH SEBULAN,YANG RAJIN MEMBACA AL-QURAN,PENCINTA AGAMA ISLAM dan YAKIN BOLEH MEMIMPIN kita..bukannya main tunjuk saja...dan yang mahu jadi PEMIMPIN tu betulkan NIAT utk jadi pemimpin yang SOLEH,BAIK,JUJUR n AMANAH dalam melaksanakan tugas...bukannya niat untuk dapat gaji bulan semata-mata tanpa kamu buat kerja..mungkin kamu merasa untung bila dapat gaji  yang lumayan tanpa melaksanakan tugas kamu dan kamu hanya perlu duduk rumah goyang kaki dan menunggu gaji kamu sampai..mungkin sesetengah orang punya pendapat sebegini,tidur,makan,rileks pok..pok...gaji sampai~...sedang rakyatmu langsung tidak kamu pedulikan(Kamu abaikan)...tapi ingat,di AKHIRAT kelak pandai-pandai la kamu jawab tentang apa yang telah kamu lakukan terhadap rakyatmu yang telah lama kamu abaikan..jangan ingat tugas sebagai PEMIMPIN adalah senang(mudah)...

dengarkanlah anak muda ini berbicara...aku sampaikan apa yang aku tahu,walaupun ini serba ringkas(sedikit)...niatku untuk memperbetulkan kamu..jika aku ada tersalah,tegurlah aku...dan jika kamu rasa apa yang aku sampaikan ini berguna,maka laksanakanlah...carilah orang-orang yang punya ciri-ciri yang telah aku sebutkan...berhati-hatilah kamu dalam memilih PEMIMPIN...:)

TAKBIR!..ALLAHU AKHBAR!....

From:Mohd Fahad Bin Mohd Bahar

Wednesday, 20 August 2014

Kem Remaja Islam 4.0 Beaufort

Assalamualaikum semua!...pada 15-17 Ogos 2014 baru-baru ini Kem Remaja Islam(KRIS) 4.0 Beaufort telah diadakan di SMK Beaufort I...Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini banyak mengajar saya tentang betapa pentingnya ukhuwwah dalam kalangan masyarakat islam...sebenarnya,memang lama sudah saya mau ikut kem ni.Alhamdulillah la ya...akhirnya dapat juga saya ikut yaww...hihi!...saya dapat banyak kawan baru masa tu...Silaturrahim sesama islam semakin erat...hoho!...akan datang,U all ikut la yaa....memang best la kem ni...Thanks to all abang2 n kakak2 yg telah membimbing kami semasa kem ini...(Abang Aiman,Abang Chan,Abang Asrul,Abang Jai(Farizal)Kak Tina,Kak Hazira,Kak Dhia n yang lain2 tu)...thanks again..:)...



                              Sesi bergambar:Hari terakhir Kem Remaja Islam 4.0...2014
                                                   
Barisan Hadapan muslimin:(Kiri)Mohd Fahad,Mohd Syahmi,Fakhrul,Abang Farizal,Cikgu Juhrin,Abang Aiman,Mohd Izzad,Dhani,Azran,x knal.
Barisan kedua Muslimin:(kiri)x knal,Faris,Qayium,Kuri(Sharul),Fauzi,Mohd Fakhru Razi,Mohd Amaluddin,x knal...hihi!..


yang muslimat,sorry ya..x dapat tag nama kamu...cuz,pic ni agak kabur yaaa....haha!...maaf..hehe!






by:Mohd Fahad Bin Mohd Bahar(Shinoda)
form 3 student at SMAN Beaufort.

Friday, 8 August 2014

Maksud Tersirat Disebalik Lagu M.Nasir


Pernah tak korang dengar lagu hasil ciptaan M. Nasir iaitu ‘Tanya Sama Itu Hud – Hud’. Lagu yang senang melekat di halwa telinga ini sebenarnya mempunyai lirik yang tersirat serta bermakna. Mari kita rungkaikan maksud lagu tersebut satu persatu.

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernah dengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecah kepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429).
Maknanya, yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat. Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi – Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Simurgh juga bermaksud 30. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ke tahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya, perjalanan burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup. Raja yang ditemui adalah diri mereka sendiri.
Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara, beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, 

“Oohhh nanti dulu!”?
Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung,with an open mind dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.

Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Mula-mula saya kurang faham dengan rangkap ini. Tetapi akhirnya menemui satu blog. Penulis blog menyatakan bahawa,
“Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!“
Ada betulnya kata beliau. Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini, di dunia yang penuh kalut ini.

Ooh… Sang Algojo
Ooh… nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat tak?

Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari

Yang ni, kena baca kisah Musyawarah Burung. Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.

Thursday, 7 August 2014

Berikanlah AmpunanMu

Aku hanya hambaMu yang penuh dengan dosa..seringkali aku melupakanMu...jauh dariMu..betapa gelapnya hati yg membuatku gelisah..TanpaMu aku akan tersesat,hilang tanpa arah,tanpa tujuan..Air mata yg mengalir dalam penyesalan..sungguh aku malu padaMu...Berikanlah aku ampunanMu..hanya padaMu aku berharap..dan berikanlah aku cahayaMu untukku menuju jalanMu dan menuju redhoMu...:')




-post nasihat jew-
by:Shinoda..

Wednesday, 6 August 2014

Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMAN Beaufort

Assalamualaikum .. Hari ni 06/08/2014 (Rabu) SMAN BEAUFORT buat sambutan hari raya aidilfitri ...Sambutan hari raya tahun ni agak awal la yaaa... Al maklum laa...kalau bwt lambat nanti x sempat pula..sbb PT3 n SMU (Sijil Menengah Ugama) yg akan diduduki oleh pelajar tingkatan 3 n 4 tu x lama lg...n saya la diantara pelajar tingkatan 3 tu..hehe! .. Btw, sambutan raya thun ni memang best!! .. .thanks to all students, teachers, Malik n Ajiezz (guards), Lan (Abg Kantin) n orang pejabat yg datang tu sbb memeriahkan lagi majlis sambutan raya thun ni.. ..sekian ..



                                                  Photos: well-ni la kawan2 n guru2 aku ...




 masa ni la aku n kawan aku (Abd An Nafi)tengah nyanyi lagu raya!..haha!


Mr Razali Paling mesra masa ni..haha!

Left: Abd Hadwan, Abd An Nafi, Mr Razali, Mohd Syahmi, Khairul Azrin.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!...MAAF ZAHIR DAN BATIN .. :)



-post by-
Mohd Fahad Bin Mohd Bahar (Shinoda)

Tuesday, 5 August 2014

Berkunjung ke rumah Ustazah Noramisah,Raya ke-6 2014

Assalamualaikum..ni gambar kenangan saya n kawan-kawan saya smasa beraya di rumah ustazah Noramisah di Kg Kerukan...haha!...


post by:
Mohd Fahad Bin Mohd Bahar


                                                     Gambar Kenangan Raya ke-6 2014